Pages

Wednesday, 29 August 2012

Gambar pemandangan

Setiap kali aku lihat suasana pemandangan indah di mana-mana aku akan kaget, terhenti sejenak dan menggelengkan kepala aku lalu mengucapkan "Subhanallah!, indahnya ciptaan Allah". Rasa macam tak mau bergerak dari situ untuk terus mengkagumi keindahannya. Aku takut ia hilang dan tidak dapat dikecapi lagi keindahan tersebut.


Dengan adanya teknologi kamera, aku mampu merakamkannya, menyimpannya dalam memory kamera dan seterusnya load masuk ke komputer. Dengan teknologi komukasi melalui media sosial pula kini aku boleh share keindahan tersebut bersama mereka yang sudi menghargainya. Berikut beberapa keping gambar yang sempat aku korek semula daripada koleksi gambar pemandangan yang sempat aku rakamkan.











Sunday, 12 August 2012

Ibu tunggal - Bantu mereka kahwini mereka!

Merenung jauh pada penceramah, mungkin berkenan?
Minggu lepas surau An-Nur Puchong Intan membuat kerja kebajikan sempena ramada dengan mengedarkan beras serta barangan keperluan dapur lain untuk Ibu tunggal, anak yatim serta warga emas berkilau. Program bermula pukul 6.20 petang dimulai dengan tazkirah petang oleh Ustaz Fakhurazi yang memberikan motivasi pada pra peserta yang hadir.


Peserta
Kasihanilah ibu tunggal dan aku sokong saranan Nik Aziz agar mereka yang mampu berpoligami agar memilih ibu tunggal sebagai isteri yang berikutnya. Ini dapat membantu kehidupan mereka dan memelihara kebajikan pada ibu tunggal yang terkontang kanting membela keluarga keseorangan. 

Tazkirah motivasi
Tapi aku pasti para suami monogami yang sudi berbuat begitu akan melihat terlebih dahulu calon ibu tunggal yang mahu dilepaskan padanya samada cun atau tak cun, muda ke tua dan ada chemical reaction atau tidak. Kalau macam tu aku rasa tak akan ada yang berjaya buat kebajikan dengan mengahwini mereka.

Pengerusi surau berucap
Ibu tunggal yang anak tunggal dan masih cun bergetah sudah pasti akan disapu bersih terlebih dahulu oleh orang lain sebaik saja lepas eddah. Tak perlu tunggu lama untuk bantuan sampai ke pintu rumah mereka. Tok kadi akan sampai terlebih dahulu bagi melansungkan akad nikah.

Wakil masjid As-Salam dari biro kebajikan menyampaikan sumbangan
Jadi mereka yang betul-betul mahu berbakti perlu pejam mata dan sanggup berkorban. Lebih afdal jangan anggap itu satu pengorbanan, anggaplah itu satu pilihan dan Insyallah rezki anda akan bertambah baik.

Nazir Masjid As-Salam beri sumbangan
Selepas habis acara penyampaian sumbangan, surau mengadakan acara berbuka beramai-ramai. Solat magrib dan diikuti dengan makan nasi talam. Aku terlupa bawa gigi geraham palsu pulak. Tapi aku makan juga sebab lauk pauknya terlalu sedap sehingga aku terlupa terus pasal kamera dan lansung tak ambil gambar nasi dalam talam tu. Selesai semua itu aku menyesal sebab bukan sennag nak rakam nasi dalam talam dimakan beramai-ramai. Harap ada lagi program ini selepas ini dan umur aku panjang untuk aku rakamkannya.

Saguhati pada Nazir disampaikan oleh Imam Hadi

Ustaz juga tak lepas peluang

Tunggu masuk magrib

Masuk magrib, boleh mula berbuka







Monday, 6 August 2012

Melilau di Kuala Kangsar

 Aku turun ke Kuala Kangsar lama sebelum puasa hari tu, tapi tak sempat nak buat posting. Olah kerana gambar dah ada elok jugak aku tulis sesuatu tentang lawatan aku ke K Kangsar tu. Sebenarnya aku pergi Sungai Siput kubu Samy Vellu suatu masa dulu, makan kenduri rumah bapa mertua abang aku. Kesempatan tu aku dapat jumpa keluarga aku yang datang dari Bukit Mertajam di rumah kenduri. Lepas kenduri aku ajak mereka jalan-jalan ke Kuala Kangsar.

Friday, 3 August 2012

Uniknya Masjid Kapitan Keling Pulau Pinang

Kali pertama aku solat di Masjid Kapitan keling ni ketika aku sekolah rendah dulu. Aku ikut abang beli baju raya di Tanjung. masa tu abang sulong aku tunggak utama keluarga. Sehabis saja sekolah dia terus kerja dan menyara seluruh keluarga kami. Pengorbanannya terlalu besar dan aku tentu ingat jasa besar dia sampai aku mati. Masa tu dia kerja di Radio malaysia Pulau Pinang. Kesemua gajinya dia gunakan untuk menyara ibu, aku, 2 abang dan adik serta segala keperluan keluarga kami.

Masatu tu abang aku bawa solat jumaat di masjid Kapitan Keling dan ketika khutbah puas aku perembang apa khatib cakap, teliti punya teliti tapi aku tak paham, cuma ayat-ayat Quran saja yang aku dengan. Rupanya khatib berkhutbah dalam bahasa Tamil, patutlah aku tak paham! Aku dapat tahu khutbah diadakan dalam bahasa Tamil dan bahasa Melayu berselang seli secara mingguan.

Kebetulan pada hari aku solat Jumaat itu abang akau ada tunjukkan pada aku Kasim Ahmad. Dia juga solat di situ pada hari tersebut. Aku biasa dengar nama Kassim Ahmad, seorang pemikir yang kontroversi di negara kita yang menolak Hadith. Antara hadith yang dipertikaikan olehnya adalah terlalu banyaknya hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Ia termasuklah hadith larangan berkata-kata ketika khatib membaca khutbah. Mungkin sebab itu Pak Kassim pergi dengar khutbah dalam bahasa Tamil, pada muka lansung tak paham.
 Masjid Kapitan keling ni unik sebab setiap waktu sebelum atau selepas zohor akan ada ramai orang India Muslim yang pergi tidur kat Masjid tersebut. Mungkin mereka amalkan sunnah tidur sebentar pada waktu itu. Sekarang ni Masjid itu ada letak karpet pada ruang solatnya. Tapi unik sikit sebab ada notis tertampal menyuruh orang memijak pada karpet dan sujud pada tempat kosong lantai mar-mar yang tak berkarpet. Biasanya kita akan letakkan kaki pada ruang tak ada karpet dan sujud pada ruang berkarpet, tapi tidak di Masjid Kapitan Keling ini.
 Masjid ini dibina oleh seorang saudagar India Muslim yang amat kaya pada zaman British. Kayanya Kapitan Keling pada masa itu sehingga Mat Salleh pun jadi kuli dia. Tentu banyak ganjarannya menyumbang pada pembinaan Masjid tersebut. Ada kubur di sebelah Masjid. Kubur lama mungkin bekas bersemadinya tuan atau pengasas masjid itu. Aku tak yanya pulak pada orang di situ.

Kedai berwarna biru kehijauan di atas unik membuatkan aku rakamkan gambarnya. Melihat pada warnanya biasanya mesti dipunyai oleh orang India. Tapi aku tak pasti samada India atau Cina taukehnya. Kemungkinan untuk dipunyai oleh Melayu aku rasa amat jauh sekali.
Ini gambar sebelah depan Masjid. Di sebelah kanan ada deretan kedai dan kedai sebelah Masjid itu sekarang terkenal dengan nasi beratur. Dia mula berniaga nasi kandar pada pukul 9 malam dan pada masa tu ramai yang akan beratur untuk makan nasi kandar panas-panas.

Thursday, 2 August 2012

Terjun Lata Iskandar

 Kalau naik ke Cameron Highland ikut Tapah, kita akan lalu Lata Iskandar, sebuah taman Indah yang dihiasi air terjun tinggi dan mengalir air di sepanjang batu-batu di kawasan tersebut. Macam biasa kalau kanak-kanak tengok air terjun ni, kereta kan bergegar jika kita tak berhenti untuk membiarkan mereka terjun mandi. Aku singgah Lata Iskandar ni semasa turun dari Cameron Highland untuk balik ke Selangor.




Singgah sebentar untuk membiarkan anak-anak mandi manda sementara aku melilau sekitar kawasan tersebut yang dipenuhi orang ramai termasuklah pelancong dari luar negara. Ada sebuah kedai pelik yang menjual barang-barang pelik di sebelah jalan berhampiran Lata Iskandar tersebut.

Aku tak berani nak rakamkan gambar sebab tengok tuan punya kedai tu semacam saja. Dia nampaknya macam ada darah keturunan wali songgo. Nampak mistik sekali dan soalan yang dia akan tanya kita bila menghampiri kedainya adalah...'haaaa! nampak apa bang...boleh cerita kat saya....' aku terus jawab nampak macam-macam barang pelik...hehehe. Dia terus tak layan aku dan layan orang lain. Kalau korang nak beli sterika lama dan kayu-kayu sakti boleh pergi kat sana...